Sarat dengan pelbagai buah dan perisa, kompendium ini menggabungkan idea jus baru dengan resipi smoothie yang dicuba-dan-dibukti berkesan dan ia penuh dengan cadangan dan tip yang pastinya menambahkan kelazatan kepada jus dan smoothie kegemaran anda. Dari minuman sarapan yang mengenyangkan kepada minuman yang sesuai untuk kanak-kanak, buku ini sahajalah buku minuman kesihatan yang anda perlukan. Bahagian pengenalan merangkumi asas membuat jus dan smoothie; peralatan, teknik, bahan-bahan dan cadangan pengganti bagi bahan-bahan yang sukar dicari. Resipi jus dan smoothie dalam buku ini juga sesuai dihidangkan pada bila-bila masa—sarapan, parti kanak-kanak, barbeku dan banyak lagi.